New Putrajaya Challenge Park

Hurray! According to Padin of SK8Climax, the Putrajaya Skatepark project is alive! I gave some suggestions on Climax Forever forum. Let me paste it here because it took me freaking long to type in Bahasa Malaysia. Oh TUHAN. Baru realise. Padin, tolong, TOLONG memastikan bowl, vert, quarter pipe, kicker, spine, bank dan lain-lain dibuat atau mempunyai transition dan material yang betol. Yang macam Youth Park, tinggi mcan rumah, curam macam bukit. Coping tolong janganlah menjolok keluar macam Youth Park juga.Banyak skaters mempunyai harapan untuk park ini berjaya. Saya pun berharapan besar yang saya dapat skate bowl yang memang cun… Dan tidak terlalu ‘ketat’. Kenalah ada flow yang baik dan tidak terlalu licin atau terlalu kasar. Macam Youth Park boleh dah. Bowl kalau boleh, janganlah dicat. Memang lican kalau dicat. Pool coping bolehkah? Deathbox? Saya berharap duit yang dikumpulkan daripada funding cat untuk pool boleh digunakan untuk ciri-ciri pool sebenar. Pool coping tile juga kenalah ada…. Yang macan kat swimming pools. Cuma, ianya dekat coping sahaja. Pumping memerlukan banyak traction. Saya sudah kena banyak kali di Kampung Batu Metropolitan. Aduhi, memang sakit luh… Dan kerikil juga SANGAT merbahaya kalau dilangar pada kelajuan cepat. Tengkorak tidak selamat lah… Dan drainage TOLONGLAH pastikan design berfungsi. Padin… tolonglah jayakan projek ini dengan cemerlang. Pokok-pokok dalam skatepark memang menyusahkan kerana ia mengugurkan daun kering dengan banyak. Tambahan pula, duit yang banyak diperlukan untuk ‘maintain’ pokok-pokok tersebut. Oh dan satu Skateshop. Shaded atau cooling down area amat diperlukan apabila sudah panas akibat matahari terik dan haba yang terhasil daripada ‘Pulau Haba’ dari bandar Kuala Lumpur yang pesat sekali. Saya baru sedar bahawa ini telah menjadi macam karangan…. Tetapi saya memang mencurahkan banyak harapan yang ini terhasil dengan cemerlang. Saya rasa kita kenalah mendapatkan nasihat daripada orang yang PROFESIONAL dalam membina POOL & BOWLS… Bukannya pembina Malaysia tidak baik, tetapi mereka nampaknya tidak begitu berpengalaman dalam membina transition, pool & bowl. Maafkanlah saya kalau saya ‘over-demanding’ tetapi saya ada impian membara untuk skate BOWL DAN POOL!!! Bowl dan pool yang sebenar dan seronok!!! Tolonglah Padin…. Sekian terima kasih, Michael ps: Kalau boleh, saya akan mendapatkan gambar ciri-ciri unik pool atau bowl yang hendak dibina. Saya juga boleh mendapatkan orang kenalan yang ada kawan baik dalam pembina skatepark macam Grindline atau Dreamland Skatepark yang MEMANG mahir dalam membina bowl dan pool yang memang best.

Leave a Reply