Bearing apakah yang bagus untuk skateboarding?

Ini adalah forum thread yang saya post di Sk8Climax forum.

Secara amnya, kamu sepatutnya mencari bearing dengan crown ball cage
Yang benda ball cage ialah benda putih dalam gambar di bawah

[image]

crown ini menjarakan bola bearing dengan jarak tertentu.

Yang satu jenis lagi ialah jenis besi. Yang jenis besi ialah ini

[image]

gigi pada pemegang di kanan akan mencengkam pemegang di kiri dan memegang bola bearing

[image]

yang ini juga menjarakan bola bearing dengan jarak tertentu tetapi boleh “deform” atau kemek atau pecah atau bengkok dan adalah lebih lemah,boleh mengembang kerana haba, menghasilkan lebih geseran.

Yang crown pula boleh mencapai RPM yang lebih tinggi berbanding yang besi punya kerana ianya adalah lebih licin, kurang mengembang kerana haba, mengurangkan geseran dan lebih stabil.
Satu lagi benda yang penting untuk bearings yang bagus dan tahan lama ialah inner ring step

Inner ring step adalah bentuk L yang telah dipotong keluar dari inner ring.


[image]

Inner ring step akan menghalang kotoran dengan baik kerana kotoran kena menbuat tiga belokan 90 degree. Bagi yang lebih canggih pula terdapat labryinth seal

Kotoran kena membuat satu U-turn untuk sampai bola bearing.

[image]

Bearing yang tiada penghalang jenis apa apa pun macam gambar di bawah

[image]

kotoran boleh terbang ke dalam bearing dengan senang dan mencalar dan membuat lubang kecil pada permukaan bola dan ring pada bearing. Kecacatan pada permukaan ini akan menghasilkan geseran yang banyak dan melambatkan bearing. Kesan sampingan geseran ialah haba. Haba akan menyebabkan bola mengembang terlalu besar dan bearing akan terkunci kerana bola-bola sudah tidak boleh berputar. Satu kebaikan crown cage ialah ia akan menghilangkan haba yang terhasil dengan cepat.

Antara beberapa bearing yang saya tahu yang ada kesemua aspek di atas ialah

Revenge bearing. Bearing ini adalah baik kerana ianya mempunyai inner ring step yang lebar, crown cage dan polishingnya adalah SANGAT licin. Satu set untuk 8 bearing ialah 5 USD. SANGAT MURAH!!

Lebih kurang RM20-RM35 tambah shipping,tax and blah blah blah. Jauh, JAUH lebih berqualiti berbanding dengan semua bearing China yang ditanda ABEC 7 Made In USA dengan palsu.
[image]

Rock’n Ron’s Rockets
[image]


Bearing ini adalah SANGAT bagus kerana ianya mempunyai labyrinth inner ring groove, acetal crown cage, polishing macam kaca, buatan Swiss(macam Bones Swiss[35 USD] cuma lebih murah dan mempunyai labryinth seal yang tidak ada pada Bones Swiss) dan berharga 25 USD. Lebih kurang RM 90-RM 100 untuk satu set 8 bearing. Ini adalah JAUH lebih murah dari Bones Swiss yang dijual pada harga RM 200[ 54 USD ] di skateshop tempatan. Bearing ini berbaloi dibeli kerana ianay boleh tahan lama dari kotoran dan kuasa hentakan skateboarding.

Rock’n Ron’s Rockets Ceramic

[image]

Yang terbagus dari yang terbagus. Ini kerana bolanya adalah Silicon Nitride(Si3N4). Ceramic ORIGINAL yang berwarna kelabu. Bola Rockets Ceramic dibuat Cerbec. Salah satu pembuat bola Ceramic ternama. Yang bola palsu adalah dibuat dari Zirconia. Ini berwarna putih macam bearing dibawah.

Kelebihan Bearing Ceramic Silicon Nitride ialah ceramic ini adalah jauh lebih keras dari besi,bearing adalah 40% lebih ringan dari bearing biasa jadi lebih senang berputar, dan boleh dipolish JAUH LEBIH licin dari bearing besi dan adalah PALING bulat. Tambahan pula bola ceramic boleh digunakan lagi setelah ring pada bearing telah haus. Bola ceramic tidak boleh dicalar atau berkarat dan boleh dipasang pada ring dan crown baru.
Rockets Ceramic mempunyai labryinth seal, bola ceramic Silicon Nitride, crown cage dan berharga 75 USD dan RM 270-RM 280 tanpa taxes. Bearing Rockets adalah bearing skateboard terlaju di dunia dan boleh di buat semula untuk PERCUMA oleh Rockets Co. harganya adalah lebih murah berbanding dengan Bones Ceramic yang berharga 120 USD tanpa shipping and taxes cost.

Jadi membelilah bearing macam Revenge kalau kamu skate street, Rockets Steel kalau kamu skate park besar macam Kiara, dan Rockets Ceramic untuk VERT.

One Response to “Bearing apakah yang bagus untuk skateboarding?”

  1. hakim Says:

    hi abang handsome ,ade tak bearing power harge rm 20? lol

Leave a Reply